Skip to main content

Posts

BERBUKA PUASA DI WARUNG MAKCIK KIAH SRI PETALING

BERBUKA PUASA DI WARUNG MAKCIK KIAH SRI PETALING | Semalam aku dengan beberapa orang kawan masing-masing plan nak buka puasa sama-sama. Then kawan aku suggest nak berbuka puasa dekat Warung Makcik Kiah di Sri Petaling.
Warung Makcik Kiah adalah satu-satunya kedai makanan melayu yang ada ditengah-tengah town Sri Petaling. Mostly kebanyakkan kedai makanan yang ada kat situ adalah kedai makan non-muslim sebab majoriti mereka yang ada kat situ adalah yang berbangsa cina. Ada kedai makanan panas melayu  tapi lokasi dia dekat tepi-tepi jalan macam warung biasa tu. Kalau tak silap, kedai melayu yang dalam kawasan shop lot ni Warung Makcik Kiah ni je lah. 
So untuk ke Sri Petaling semalam aku straight je dari Putrajaya. Lepas office hour dalam pukul 5.30pm macam tu aku gerak terus ke destinasi. Sebab dari Putrajaya lalu Highway MEX tu dalam 30 minit je dah sampai area Sri Petaling. Cuma lepas turun dari Exit Bukit Jalil agak jem sikit. Yela waktu-waktu orang balik kerja kan. Paham-paham je lah…
Recent posts

WISH LIST

WISH LIST | Jarang aku nak set apa yang aku nak. Tak kisah lah dari segi barang ke, impian ke, apa-apa je lah. Setakat ni aku cuma terima apa yang aku dapat, apa yang datang pada aku dengan tangan terbuka. Tak pernah lah nak argue apa-apa pon. Hidup orang takde impian, macam ni lah. Hahahah bukan lah takde impian, cuma kadang tak tahu apa yang aku nak.
Dan aku pon takdelah pasti sangat pon apa yang aku nak ni dikira wish list ke atau hanya sekadar list benda biasa-biasa je. Sebab aku rasa macam mengarut pulak kalau aku senaraikan tu. Hehehehe... Ahh takpelah. Lain orang lain fahaman wish list dia kan. Heheheh. 
Ok apa yang aku nak,

Kasut kerja
Yes! first thing yang aku nak. Kasut kerja official aku. Nampak kelakar kan? Tapi benda ni lah yang aku takde. Huuhhh kalau korang satu tempat kerja dengan aku, korang tau la kasut apa aku pakai. Memang tak mencerminkan lansung pekerja yang berwibawa. Suka hati aku je pakai kasut sarung yang entah apa-apa. Heheheh dan elak dari terkantoi pakai ka…

PAKAR BLOG SAYA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA

PAKAR BLOG SAYA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA | Assalamualaikum semua. Posting ini lebih kepada nak dapatkan bantuan sebenarnya. Cerita nya lebih kurang macam ni lah. Sebelum ni untuk blog aku ada pakai domain sendiri. Siapa yang kenal aku, before this aku pakai www.atikahnorbaki.com . So now aku rasa macam tak nak pakai domain, jadinya aku tukar pada domain blogspot www.noratikahnorbaki.blogspot.com .
Mesti orang kata panjang kan? Compare dengan previous domain aku. Tapi aku masih lagi mengekalkan nama aku dalam url blog aku. So aku rasa orang masih boleh recognize aku lagi lah. Tapi untuk panggilan, aku suka introduce diri aku as Atikah Norbaki je.
Lagi satu, since aku tukar dari dot com kepada blogspot, aku tukar gak templet blog aku ni dengan template yang dah sedia ada dalam setting blogspot ni. Aku rasa templet view sekarang ni quit simple dan Not heavy dan rasa kemas dan bersih.
Tapi...
Ada beberapa kepastian yang aku nak mintak pendapat dan bantuan korang:


Tu apa makna problem nya y…

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK

ORANG DIET PUN BOLEH MINUM DAIRY GO TEH TARIK  | Tiada Kolestrol. Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna.  Assalamualaikum semua. Sesejak aku mengamalkan tempoh berdiet since setahun yang lalu, until now sebenarnya aku berjaga-jaga nak  ambil sebarang makanan dan minuman. Mostly nya dari segi minuman lah. Makanan? Hahahah jangan tanya lah. But I'm still control ok. Hahahah...

Sebab kalau ikut pembacaan aku, pengambilan air manis yang terlalu banyak, lagi cepat menjadikan gula tersebut transform kepada lemak kalau tak dibakar. Dan aku pon takdelah hard sangat workout. Buat tu memang buat tapi takut tak cukup lagi effort. So sia-sia la usaha aku control segala nya kan. Jadi jalan yang terbaik tak payah amik lansung.
Teh Tarik. 

Ramai aku rasa yang minat teh tarik kan? Mostly rakyat Malaysia suka kan teh tarik. Siap order teh tarik kaww la! Teh tarik panjang-panjang la! Teh tarik buih lebih la! Macam-macam la version teh tarik. Lagi-lagi sekarang ni makin mencanak-canak naik market teh t…

MANISKAH CINTA

Maniskah Cinta | Kita semua manusia biasa. Takde manusia yang suka kan kesunyian. Dan termasuk lah diri aku. Walaupun berkali aku kecewa dalam perhubungan. Adakala bila aku berhadapan dengan kekecewaan seolah aku mampu untuk hadapi. Seolah aku boleh harungi segala jenis perasaan yang mengganggu.
Tapi sangkaan aku pada naluri dan firasat aku tersalah rupanya. Aku sebenarnya pura-pura dalam segala kekuatan yang aku ada. Aku selalu cuba menunjuk pada mereka yang aku kuat. Aku ok. Aku boleh senyum seperti biasa. Aku boleh gelak. Ye betul aku boleh gelak. Sampai terbahak-bahak kadang tu. Tapi semuanya kerana aku sunyi.
Kekecewaan yang aku tak pernah sangka akan berlaku dalam hidup aku dan paling sakit bila berhadapan dengan kekecewaan yang berulang, terasa macam..... aahhh pedihhn nya...! Lagi sakit bila kekecewaan yang berlaku pada aku adalah dari "dia" yang memberi harapan. Harapan yang aku akan bahagia di samping dia. Hidup bersama selamanya. Yang mana keindahan itu akan jadi …

Pakcik Apam Balik Tu Bermula Sebagai Penjaja “Payung Burger” Je Dan Sekarang…

Pakcik Apam Balik Tu Bermula Sebagai Penjaja “Payung Burger” Je Dan Sekarang…  | Ada 1 Kisah aku nak share dengan korang semua. Pasal seorang pakcik ni. Aku panggil pakcik tu “Pakcik Apam Balik” (sebab tak tahu nama dia hahahah). Aku tak pasti pakcik tu ada kerja lain atau tak selain dari meniaga Apam Balik dekat dengan Pasaraya Econsave, Klang Utama. (Sekarang Econsave tu dah tutup diganti dengan Pasaraya Matahari. And now dia niaga kat situ pulak). Hahahah aku ni bagitahu macam lah korang tahu kan kat mana. Alaaaa takpelah korang a'aah kan je la ye. Kahkahkah!!

Sepanjang aku jadi pelanggan setia pasaraya Econsave dulu, setiap kali itu jugalah pakcik tu akan ada dan niaga Apam Balik dia. (aku tak pasti samada setiap hari dia akan niaga kat situ atau setiap hujung minggu je. Sebab kami akan beli barang dapur dekat pasaraya Econsave tu masa weekend je.) Dia buka kat tepi jalan je. Dengan motor tenggiling dan “Payung Burger” warna warni dia tu.

Bayangkan dari aku sekolah menengah ta…

PAKAI PHIRO BACK SUPPORT KURANG SIKIT SAKIT BELAKANG

PAKAI PHIRO BACK SUPPORT KURANG SIKIT SAKIT BELAKANG | Macam ni lah rutin kerja pejabat. Sampai ofis perkara pertama on PC lepas tu buka segala email bagai. (Yeke? bukan kau pergi minum dulu ke? Hahahaah!! ) Sssshhhh... Jangan kantoikan... Alaaa disamping minum dan makan kita buka sekali email dan apa yang perlu kita review dulu kat PC kita tu.
Tapi ada masa kadang-kadang tu masuk je ofis tak sempat nak makan ke minum ke terus je kita mengadap komputer sampai lunch hour. Lepas tu baru lah stop kejap. Jadi bila seharian duduk mengadap komputer. Tegang gak belakang badan kita tu. Sampai ada certain masa tu nak sandar pun tak selesa, tegak pon tak selesa.
Kadang-kadang tu sampai letak bantal la ceritanya sebab nak kurangkan rasa sakit belakang. Kalau tak selesa gak, aku apa lagi bangun jalan-jalan la. (Hahahaha tu alasan nak berjalan tu. Bukan sebab sakit belakang.) **gurau je...
Di sebabkan badan aku ni nak pakai lama, maklum lah nak berkhidmat untuk negara kan. So kesihatan kena lah se…